MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-53


Oleh: Ahmad Haji Yasin
Merekalah ialah Haji Abdullah Abdul Wahid (Sabah) yang pernah menyandang tempat ketiga MTQ peringkat kebangsaan pada tahun 2008 dan 2009, Haji Othman Azumi bin Ahmad (Kedah), Muhammad Anuar bin Ghazali (Kelantan), Azraie bin Abdul Hak (Melaka), dan Ismail bin Romli (Perlis), manakala peserta qariah ialah Nor Hidayah binti Abdul Rahman (Terengganu), Normalina binti Alias (Wilayah Persekutuan), Mimi Munawwarah binti Abdul Majid (Melaka) dan Munirah binti Haji Razali (Perak).
Pada malam ini, seramai 7 lagi peserta terakhir akan mempendengarkan bacaan mereka. Antara pemimpin dan ketua jabatan yang hadir ialah Setiausaha Kerjaan Negeri Sabah, Datuk Sukarti Wakiman, Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Syed Ali, Pengarah JHEAINS, Datuk Haji AMri A Suratman serta pemimpin masyarakat Islam yang lain.
Para Peniaga Bersyukur Jualan Laris
(Perkarangan Wisma MUIS. Foto oleh Ustaz Abu Nuha.)
Oleh: Ahmad Haji Yasin
Orang ramai dialu-alukan mengunjungi jualan peniaga di ruang legar dan perkarangan Wisma MUIS.
Sembilan Lagi Peserta Memperdengarkan Bacaan
Antara Qari dan Qariah yang memperdengarkan bacaan.
Oleh: Ahmad Haji Yasin
KOTA KINABALU — Seramai 9 orang peserta iaitu 4 qari dan 5 qariah telah memperdengarkan bacaan mereka pada malam kedua di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-53. Mereka ialah Haji Ahmad Mustafa bin Mohd. Sidin (Selangor), Abdul Latif Mohd Ali (Negeri Sembilan), Mohd Zulhilmi Ibrahim (Johor) dan Mohd. Mawardi bin Jamaludin (Pulau Pinang); manakala qariah ialah Nor Hudayah binti Abdul Rahman (Terengganu), Nor Ruzana Natiah binti Jaafar (Selangor), Sarina Che Yahya (Perlis), Hanimzah binti Jalaluddin (Pahang) dan Hajah Maimunah binti Awang (Pulau Pinang).
Hadir menyaksikan MTQ malam kedua, Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran, Pengerusi MUIS, Datuk Syed Abas Syed Ali, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Wan Aziz dan Pengarah JHEAINS Datuk Amri A Suratman. Sementara itu, pada malam ketiga ini seramai 9 orang lagi qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan mereka.
Nazrey Johani Muncul Dalam Persembahan Nasyid
Oleh: Ahmad Haji Yasin
KOTA KINABALU — Ribuan hadirin semalam dipersembahkan dengan lagu-lagu nasyid yang diiringi dengan muzik tradisional (muzik bambu) dari Kumpulan Kinabalu Merdu Sound yang berasal dari Kampung Sinisian Ranau, pimpinan Koh Adie Watiman yang dinaungi YB Datuk Masidi Manjun dan penasihat kumpulan ini Datuk Haji Amri A. Suratman.
Kumpulan ini mempersembahkan 3 buah lagu “Keagungan Tuhan, Islam Hadhari Wadah Perjuangan” dalam tiga bahasa, melayu, dusun dan Inggeris, dan “Iman Mutiara”. Kumpulan ini memukau ribuan penonton dengan kemunculan penyanyi solo nasyid terkenal negara yang berasal dari Sabah, Nazrey Johani yang juga bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan.
LEBIH 10,000 UMAT ISLAM MEMBANJIRI WISMA MUIS
(Pengunjung yang menyaksikan majlis. Foto oleh: Ustaz Abu Nuha)
Oleh: Ahmad Haji Yassin
KOTA KINABALU – Sabah mencipta sejarah apabila lebih 10,000 orang masyarakat Islam menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 malam pertama yang diadakan di Dewan Sa’adah Wisma MUIS disiarkan secara langsung oleh RTM 1.
Kehadiran orang ramai bagi menyaksikan Majlis Tilawah al-Quran seawal jam 7.00 malam dan bersesak -sesak memenuhi ruang legar bangunan Wisma MUIS. Penganjur telah meletakkan lebih 10 skrin gergasi bagi menyaksikan majlis tersebut.
Pada malam tadi, seramai dua orang qari dan seorang qariah memperdengarkan bacaan mereka. Mereka ialah Anuar Hussin (Perak), Hajah Siti Hatijah Haji Marsuki (Sabah) dan Encik Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan (johan menunggu).
Malam penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan pada 3 Julai oleh Tuan Yang Di Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah.
Antara lebih 10,000 orang ramai yang menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 pada malam pertama.
PERDANA MENTERI MALAYSIA MERASMIKAN MTQ KEBANGSAAN KE-53
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menyampaikan ucapan
Oleh: Ahmad Haji Yassin
KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berkata konsep Satu Malaysia yang berteraskan keadilan sosial berasaskan tuntutan al-Quran yang berhasrat untuk memperkukuhkan perpaduan negara adalah melangkaui toleransi dengan penerimaan kepelbagaian etnik dan agama.
Katanya, pendekatan ini penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik agar Malaysia akan terus kekal relevan sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan yang menarik.
Datuk Seri Mohd Najib berkata demikian ketika berucap untuk merasmikan Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 di Dewan Sa’adah Wisma MUIS malam tadi.
Intisari Ucapan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman:
- Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan Ma’ahad Tahfiz di daerah Pedalaman Bawah;
- Pembinaan Sekolah Menengah Agama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah yang baru di Kinarut sudah mencapai 80% siap;
- Bangunan Baitul Ihsan (Rumah Perlindungan) sebagai pusat pemulihan aqidah dan akhlak di Kinarut.insyaallah akan beroperasi tahun depan;
- Sekolah Agama Islam Toh Puah Hajjah Rahmah yang telah beroperasi lebih 30 tahun lalu telah lama melahirkan cendikiawan Islam terutama lulusan dari luar negara termasuk dari Universiti Al-Azhar Mesir, Jordan, Maghribi, Arab Saudi selain universiti-universiti di dalam negara ini.
PERASMIAN PAMERAN
Datuk Haji Nasir memotong riben sambil dibantu oleh Pengarah JAKIM Sabah Ustaz Aziz Mohammad.
Turut menyaksikan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Sukarti Wakiman, Pengarah JHEAINS Datuk Haji Amri Suratman dan Mufti Negeri Datuk Haji Ahmad Alawi Haji Adnan
Oleh: Ahmad Haji Yassin
KOTA KINABALU - Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-53 telah bermula pagi tadi dengan perasmian Pameran yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang disertai oleh pelbagai jabatan kerajaan, swasta dan badan-badan Islam bukan kerajaan (NGO).
Galeri pameran berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Haji Nasir Tun Sakaran di tingkat satu Wisma MUIS.
Datuk Haji Nasir ketika melawat pameran JHEAINS
Sabah FM turut serta dengan studio mini







Komen Pengunjung