Arkib

Archive for Mei 2010

PENDAFTARAN PESERTA QARI, QARIAH DAN PENGIRING KE PENGINAPAN

MAKLUMAN:

Pihak penganjur MTQ Kebangsaan telah menetapkan tarikh untuk mendaftar penginapan kepada para peserta dan pengiring adalah pada 28 Jun 2010 mulai jam 1.00 petang bertempat di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah.

Setiap negeri dibenarkan menghantar dua (2) orang peserta iaitu seorang peserta lelaki dan seorang peserta wanita serta dua (2) orang pengiring negeri.

Selain daripada apa yang dinyatakan di atas, pihak penganjur tidak dapat menyediakan. Namun pihak urusetia bersedia membuat tempahan dengan bayaran tanggungjawab negeri masing-masing.

– Urusetia

Mesyuarat Kedua JK Pelaksana MTQ Kebangsaan 2010

Makluman terkini:

Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada ketetapan berikut;-

Tarikh : 24 Mei 2010

Masa: 2.30 petang

Tempat:  Bilik Mesyuarat Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 15, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu

Agenda

1. Perutusan YB Pengerusi

2. Membincangkan Minit Mesyuarat JK Pelaksana Pertama Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-53   Tahun 1431H/2010M

3. Menerima Laporan Setiap JK Kerja Yang Dilantik

4. Hal-hal lain

** Semua JK Pelaksana yang terlibat adalah dijemput.

Kategori:Pelbagai